Falsafah Pendidikan | Bottom |


 

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejateraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”


Visi Sekolah


Sebagai usaha untuk merealisasikan Perak Nombor Satu, pendidikan yang diamalkan di sekolah ini ialah melahirkan pelajar yang mempunyai unsur insan yang seimbang rohani dan jasmani serta mampu menggunakan ilmu untuk kesejateraan hidup dengan menghayati nilai-nilai murni berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan seperti yang tertera dalam Falsafah Pendidikan Negara.

 

Kecemerlangan Kurikulum.

Melahirkan pelajar yang berhikmah, mempunyai ilmu yang membawa kepada kebenaran Pencipta dengan daya pemikiran yang kreatif, inovatif sejajar dengan fitrah manusia.

 

Kecemerlangan Kokurikulum.

Melahirkan pelajar yang aktif, dengan kecerdasan fizikal dan kesihatan agar dapat digunakan untuk berdikari, berkhidmat kepada masyarakat dan negara dengan penuh disiplin, mengamalkan nilai-nilai murni yang terpuji.

Kecemelangan Sahsiah.

Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelektual, rohani dan emosi iaitu insan yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Pelajar yang mempunyai peribadi yang luhur, berbudi pekerti yang mulia, pelajar yang memiliki sahsiah yang sepadu, berakhlak dan bersikap produktif dan progresif.

 

Kecemerlangan Pengurusan dan Kepimpinan.

Menjadikan sekolah suasana yang cemerlang dan ceria untuk pengajaran dan pembelajaran. Guru sebagai ejen perubahan berusaha melahirkan pelajar yang kaya dengan budaya ilmu dan pelajar yang bersedia berbakti kepada masyarakat tanpa mementingkan diri sendiri untuk kesejahteraan sejagat.


Misi Sekolah | Bottom |



Latar Belakang Sekolah


Sejak mula dibuka pada tahun 1977, sekolah ini telah mengalami perubahan dan perkembangan yang pesat, baik dari segi bilangan pelajar, guru dan kaki tangan serta perkembangan fizikalnya. Dari masa kesemasa sekolah juga berjaya mencipta pencapaian yang membanggakan dalam bidang sahsiah, kurikulum serta kokurikulum. Segala perubahan dan pencapaian yang membanggakan ini adalah hasil dari gabungan mantap pelbagai pihak terutama antaranya pihak pengurusan dengan kakitangan akademik serta ibubapa.

 


Cogankata Sekolah | Bottom |


TEKUN USAHA JAYA

Sesuatu yang yang disertai dengan ketekunan dan bersungguh-sungguh akan membuahkan kejayaan. Ini bersesuaian dengan organisasi sekolah untuk melahirkan insan yang berjaya dan cemerlang di dalam aspek jasmani, rohani dan intelek.

 


Lencana Sekolah


TEMA
Tekun Usaha Jaya

WARNA
Hijau - Kesuburan Ilmu
Hitam - Keperihatinan
Merah - Kegigihan, Keazaman dan ketekunan

STRUKTUR KOMPOSISI
Obor - Azam dan Iltizam
Buku - Ilmu Pengetahuan
Roda - Sains dan Teknologi
Tangkai Padi - Kemakmuran
Bulan Sabit - Agama Islam

 


Bendera Sekolah


Panjang : 250 sm
Lebar : 90 sm
Warna : Hijau - Kesuburan ilmu. Putih - Keikhlasan, Kesucian Hati

 


Lagu Sekolah | Bottom |


 

TEKUN USAHA JAYA

Tekun usaha jaya
Itulah cogankata kita
Sekolah Menengah Raja Lope Nor Rashid
Maju terus maju

Berusahalah kita 
Semoga tercapai cita
Berjasa pada bangsa
Mengharum nama negara

Bersatulah kita semua bangsa
Tak kira agama
Semoga kita berjaya

Tekun usaha jaya
Panduan hidup kita semua
Semoga tuhan memberkati
Hidup aman bahagia

 


Sejarah Sekolah | Bottom |


 

9 Mac 1969
Usul penubuhan dikemukakan kepada YB. En. Mohd. Khir Johari (Menteri Pelajaran) oleh En. Mohamad Hj. Kassim (Pengerusi PIBG S.K.Tanjong Piandang).

22 Mac 1975
Desakan ulangan dikemukakan kepada Tn. Syed Abu Barakbah (Pengarah Pelajaran Perak) ketika beliau merasmikan Sukan Tahunan di S.K. Tanjong Piandang. Satu memorandum juga dihantar kepada
Tan Sri Hamdan Sheikh Tahir (KPP).

26 Februari 1976
Bangunan sekolah mula dibina di kawasan seluas 10.47 ekar dan siap sepenuhnya setahun kemudian.

22 Februari 1977
En. Abd Jalil Mohd Yusof dilantik sebagai pengetua pertama. Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Tanjong Piandang. 

4 Mei 1977
Hari pertama penggal kedua sekolah dibuka dengan jumlah murid seramai 232 orang di Tingkatan 1 dan 90 orang di Kelas Peralihan serta 8 orang guru.

30 Mei 1977
Nama sekolah ditukar kepada Sekolah Menengah Raja Lope Nor Rashid sempena nama Yang Amat Mulia Raja Lope Nor Rashid (Orang Besar Jajahan Kerian).

1978
Dua kelas Tingkatan 4 dimulakan. Bilangan pelajar bertambah menjadi 1095 orang. Tenaga Pengajar termasuk staf sokongan seramai 36 orang. 

1979
Menjadi Sekolah Menengah penuh yang mempunyai kelas dari tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5.

 


Tokoh Sekolah


 

Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Raja Lope Nor Rashid, sempena nama 'Orang Besar Jajahan Kerian` pada ketika itu yang baru sahaja kembali ke Rahmatullah pada 24 Mei 1977 kerana serangan penyakit jantung. Beliau berusia 88 tahun. Yang Amat Mulia Raja Lope Nor Rashid Bin Raja Abdul Rahman JMN, SPCM, PMK, MBE, CM, WSM, MD telah dilahirkan di Durian Sebatang, Telok Anson pada 1 Julai 1909. Beliau mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan seterusnya menuntut di England. Pada tahun 1933 beliau talah menyertai pasukan Askar Melayu Diraja. Pada tahun 1959 beliau telah dinaikkan ke pangkat Brigadier Jeneral dan merupakan pegawai tentera melayu yang terulung sekali. Yang Amat Mulia Raja Lope bersara dari tentera pada 13 Julai 1961. Pada 1 Mac 1963, Yang Amat Mulia telah dilantik sebagai Raja Kecil Besar Perak.

 


Statistik Pelajar & Kakitangan


Kakitangan Akademik Julai 2000

 

Pelajar Julai 2000

 

Sessi

Lelaki

Perempuan

Jumlah

Sessi

Lelaki

Perempuan

Jumlah

Pagi

20

26

46

Pagi

393

462

855

Petang

18

17

35

Petang

318

327

645

Jumlah

38

43

81

Jumlah

711

789

1500


| Jum Kelas | Pagi | 27 | Petang | 19 |


| Falsafah | Visi | Misi | Latar Belakang | Cogankata | Lencana | Bendera | Lagu | Sejarah | Tokoh | Statistik | Top | Utama |